Ruang Solat Di Dalam Pesawat Bagi Memudahkan Penumpang Melakukan Tanggung Jawab Agama

Ruang Solat Di Dalam Pesawat Bagi Memudahkan Penumpang Melakukan Tanggung Jawab Agama

Diterbitkan pada Jan 15, 2018 oleh .

Solat ialah tiang agama dan seorang Muslim wajib menunaikan solat mengikut waktu. Apabila anda menaiki pesawat bersolat adalah agak sukar. Untuk mengambil wuduk bahagian kaki sukar untuk disapukan air dan kalau nak bersolat pula kena bersolat secara duduk dengan kiblat yang diagak. Tetapi sekiranya anda menaiki pesawat Saudi Arabian Airline dan Iran Air, ada ruang bersolat yang selesa disediakan di dalam pesawat perjalanan jauh. Ianya lengkap dengan arah qiblat yang dipaparkan pada skrin LCD dan ruang yang cukup selesa untuk bersolat.

Dari pengalaman peribadi, ruang solat yang selesa turut ditawarkan pada Qatar Airways. Ruang di dalam pesawat gergasi A380 digunakan  bagi membolehkan penumpang bersolat secara berjemaah. Sejadah turut disertakan bagi keselesaan penumpang. Jadi tiada lagi alasan untuk tidak melakukan yang wajib apabila di udara.

SERIUS BISJUT