Herbertstraße – Jalan Yang Mengharamkan Wanita Dari Melaluinya Di Jerman

Herbertstraße – Jalan Yang Mengharamkan Wanita Dari Melaluinya Di Jerman

Diterbitkan pada Jan 15, 2018 oleh .

Di Saudi kaum wanita diharamkan dari memandu. Di United Kingdom masih ada “kelab Gentleman” yang mengharamkan wanita dari menjadi ahli. Di Amerika Syarikat pula di awal 80an masih ada kelab golf yang mengharamkan orang kulit hitam dari bermain golf di dalamnya. Di Jerman pula ada Herbertstraße ,sebuah jalan yang mengharamkan wanita dari melaluinya. Ini adalah kerana Herbertstraße ialah sebuah kawasan pelacuran di bandar Hamburg.

Menurut cerita kawasan ini dipagar pada tahun 1933 selepas Nazi mula memerintah. Ini bagi menghalang orang ramai dari melihat pelacur yang mempamerkan tubuh mereka kepada pelanggan. Arahan melarang wanita memasuki kawasan Herbertstraße adalah bagi mengelakkan mereka tergoda untuk turut menjual tubuh dan menjadi pelacur. Pada waktu yang sama kupu-kupu malam akan memukul wanita yang memasuki kawasan ini sehingga menimbulkan kekecohan.

Untuk memasuki kawasan lampu merah ini anda perlu berumur 18 tahun dan berjantina lelaki. Ini adalah dianggap seksis oleh golongan feminis beberapa tahun yang lalu kumpulan feminis FEMEN melakukan demonstrasi telanjang dengan menerjah masuk ke dalam Herbertstraße. Kini kawasan sepanjang 11 meter sahaja di dalam jalan ini membenarkan 250 pelacur untuk menawarkan perkhidmatan mereka. Bangunan lain telah diambil alih dengan cadangan untuk membina muzium seks.

SERIUS BISJUT