Menaiki kapal terbang kini amat murah dan kerap kali lebih selesa dari memandu sendiri terutamanya ketika musim cuti sekolah dan hari perayaan. Tiket murah ini adalah kerana kelas ekonomi yang sempit jika dibandingkan dengan kerusi kelas perniagaan. Badan merengkot seperti huruf G selama puluhan jam kerana anda terlalu miskin untuk membeli tiket kelas pertama seperti artis yang anda ikuti di laman InstaFaceSnapTok.
Syarikat penerbangan Joon dari Perancis kini menawarkan kerusi Cosy Joon khusus untuk golongan ibu bapa dengan anak kecil. Enam belas kerusi di dalam pesawat Airbus A340 mereka menawarkan kerusi boleh ubah ini. Sejurus selepas pesawat di udara, pelapik kepala boleh ditanggalkan dan berubah menjadi platform katil.
Anak kecil boleh berbaring dengan selesa sepanjang perjalanan. Kerusi Cosy Joon ini ditawarkan pada harga 20 Euro lebih premium berbanding kerusi standard. Malang sekali sekiranya anda penumpang dewasa anda tidak layak.