NORD 500 : TILTROTOR FILEM AVATAR VERSI SEBENAR

NORD 500 : TILTROTOR FILEM AVATAR VERSI SEBENAR

Diterbitkan pada Okt 10, 2017 oleh .

1967

Bell V 22 Osprey kini digunakan Marin Amerika Syarikat dengan jayanya. Ketika operasi ketenteraan bersama dengan TUDM baru-baru ini sebuah Osprey digunakan and damn was it nice. Tetapi sebelum teknologi ini digunakan dengan jayanya hari ini beberapa pesawat eksperimental dihasilkan bagi membuktikan teknologi ini boleh digunakan secara komersial.

Nord 500 dari Perancis ialah salah sebuah pesawat aneh yang dihasilkan bagi menguji teknologi ini. Dua prototaip dibina pada tahun 1967 dan ianya diperkasakan denga 2 buah enjin. Enjin-enjin ini memutarkan dua buah kipas berdiameter 1.5 meter. Selepas beberapa ujian dilakukan program dihentikan pada tahun 1971. Tiada alasan diberikan tetapi yang pasti pesawat ini sangat menyerupai helikolpter/kapak terbang Aerospatiale SA 2 Samson dari filem Avatar. Interestingly syarikat Nord ini tidak lagi wujud dan dibeli oleh Aerospatiale di dunia sebenar. Jadi kami yakin James Cameron mendapat inspirasi untuk pesawat selepas melihat Nord 500.

SERIUS BISJUT