Di Blogerius kami gemar memaparkan kenderaan unik yang biasanya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. TMC Dumont ialah motosikal yang jatuh ke dalam kategori ini. Mengapa kami katakan ia unik? Pertama sekali motosikal ini dilengkapi dua roda nirhab 36″ membuatkannya kelihatan seperti dari masa hadapan. Keduanya pula ialah ia dilengkapi enjin helikopter yang dibuat oleh Roll Royce.. Ia membekalkan 300 kuasa kuda kepada motosikal yang bergerak beberapa inci sahaja dari permukaan jalan raya.
TMC Dumont direka oleh Tarso Marques, bekas pemandu Formula 1 dari Brazil yang kini berubah karier kepada pereka motosikal dan kenderaan buatan sendiri. Motosikal rekaan beliau ini memenangi anugerah kerana mempunyai rekaan yang tidak pernah dilihat sebelum ini.