Bangunan Di China Ini Dilengkapi Air Terjun Buatan Manusia Setinggi 107 Meter

Bangunan Di China Ini Dilengkapi Air Terjun Buatan Manusia Setinggi 107 Meter

Diterbitkan pada July 27, 2018 oleh .

Di Malaysia lazim dilihat bangunan dengan air pancut di bahagian hadapan bagi menyejukkan suhu yang mencengkam kulit. Di KLCC misalnya terdapat air pancut berirama lengkap dengan lampu pada waktu malam yang menjadi tarikan pelancong.

Di Guiyang China terdapat sebuah bangunan unik yang mempunyai air terjun pada bahagian sisi setinggi 107 meter. Air terjun buatan manusia ini memerlukan empat pam berkuasa tinggi untuk berfungsi yang menelan belanja $117 (~RM 476) sejam untuk beroperasi. Ia mungkin unik dan menjadi perhatian penduduk setempat tetapi menerima kritikan penduduk kerana dianggap projek membazir. Oleh sebab itu pemilik bangunan ini Guizhou Ludiya Property Management hanya akan menghidupkan air terjun ketika acara penting sahaja.

  

SERIUS BISJUT