Apabila kita memandu di atas lebuhraya, kami yakin anda sering terserempak dengan treler membawa kereta. Kereta baru dibawa dari kilang ke pusat jualan mereka di serata Malaysia. Di Amerika Syarikat kerana jarak kilang ke pusat jualan yang jauh, mereka menggunakan kereta api sebagai mod pengangkutan utama. Sekitar tahun 1970an, syarikat Chevrolet bekerjasama dengan syarikat kereta api Southern Pacific untuk menghasilkan sistem kargo Vert-A-Pac.
Kereta Chevy Vega diangkut secara menegak di dalam gerabak khas bagi menggunakan ruang secara maksimum.Sistem Vert-A-Pac mampu memuatkan 30 buah kereta di dalam sebuah gerabak berbanding hanya 18 untuk sistem sebelum ini. Ini memastikan kos penghantaran kereta Chevy Vega adalah murah dan sekaligus harga jualan kereta ini juga boleh dikurangkan bagi menjadikannya mampu milik. Sistem ini tidak lagi digunakan kerana dihentikan pada tahun 1977. Cool system though.