Pesawat penumpang supersonik Concorde menghentikan operasi pada tahun 2003 selepas kemalangan ngeri di Paris dan pesawat yang telah terlalu berusia. Kini Amerika Syarikat dengan bantuan NASA dan Lockheed sedang membangunkan program QueSST mereka bagi mengembalikan semula pesawat penumpang adipantas ke udara.
Mungkin tidak mengetahui, berdekad yang lalu Amerika Syarikat mempunyai program pesawat penumpang mereka tetapi ia gagal. Apakah sebab kegagalan program ini sedangkan A.S ialah kuasa besar dunia aeronautik ketika dekad 60an. Ini ialah video sejarah ringkas pesawat yang dihasilkan dan mengapa ia terkubur.