Cakera liut ialah teknologi yang kini pupus seperti Dodo, Cakera Padat, Badak Hitam Afrika dan kerjaya YouTube Bobo. Kemajuan teknologi membolehkan sebuah pemacu USB mempunyai storan yang beribu kali ganda lebih besar berbanding 1.4MB sebuah cakera liut. Jutaan cakera liut telah dihasilkan dan ia tidak boleh terbiodegradasi seperti hidung Michael Jackson.
Oleh itu ia telah dikitar semula oleh Nick Gentry sebagai kanvas lukisan beliau. Pelukis dari Britain ini menggunakan cat bagi menghasilkan potret menarik seperti yang dapat anda lihat di bawah. Blogserius juga ialah laman yang semakin pupus. Mungkin di masa hadapan Blogserius pula menjadi kanvas lukisan artis bagi menghasilkan bisjut dan royi.