Bangunan pencakar langit moden dengan kerangka besi ialah Home Insurance Building yang terletak di Chicago. Bangunan setinggi 10 tingkat ini siap dibina pada tahun 1885 dan direka oleh William Le Baron Jenney. Teknik pembinaan kerangka besi ini lebih pantas berbanding penggunaan batu-bata dan membolehkan bangunan semakin tinggi seperti rekod yang dipegang oleh Burj Khalifa sekarang.
Di Jepun terdapat perancangan membina bangunan W350 yang sekiranya menjadi realiti akan menjadi bangunan kayu yang tertinggi di dunia. Bangunan setinggi 350 meter (70 tingkat) ini mempunyai nisbah penggunaan kayu kepada besi 9:1.
Bangunan ini mensasarkan projek siap dibina pada tahun 2041 sempena ulang tahun ke 350 syarikat Sumitomo Forestry Co. Ltd. Kos pembinaan bangunan kayu ini dianggarkan mencecah JPY 600 bilion (~RM 21.8 bilion). Ia bakal menempatkan pusat membeli belah, pejabat dan tempat kediaman dengan keluasan lantai 455,000 meter persegi. Sebanyak 185,000 meter padu kayu akan digunakan untuk membina menara kayu ini.