Wuppertal Schwebebahn : Monorel Berusia 110 Tahun Di Jerman

Wuppertal Schwebebahn : Monorel Berusia 110 Tahun Di Jerman

Diterbitkan pada Okt 11, 2017 oleh .

NICE!

Wuppertal Schwebebahn atau dalam bahasa melayunya Tram Terapung Wuppertal ialah sistem monorel tertua didunia yang masih berfungi terletak diWuppertal Jerman. Ia mula beroperasi pada 1 Mac 1901. Sistem monorel ini juga merupakan sistem landasan tergantung tertua dunia. Ianya ilham jurutera Eugen Langen dan pembinaanWuppertal Schwebebahn dimulakan pada tahun 1898. Sistem ini hanya siap sepenuhnya pada tahun1903 dan mempunya panjang landasan sepanjang 13 kilometer. 20 hentian dibina dan menariknya sejak siap dibina sistem monorel ini hanya ditutup sekali sahaja kerana dibom ketika perang dunia ke dua. Sebanyak 19200 tan besi digunakan bagi membina landasan monorel ini dan kos pembinaannya pada ketika itu ialah 16 juta GoldMarks.

Lebih 110 tahun kemudian Wuppertal Schwebebahn masih berfungsi dengan baik setelah menjalani proses modernisasi sejak 1997. 25 juta orang penumpang menggunakannya setiap tahun! Proses modernisasi yang selesai pada tahun 2010 membabitkan naik taraf stesen, tram lebih moden dan penggantian struktur landasan yang usang. Lebih 480 juta Euros (RM 2 Billion) dibelanjakan bagi proses pemodenan ini. Sungguhpun sudah dimodenkan, tram “The Kaiserwagen” seperti gambar dibawah dikekalkan. Tram The Kaiserwagen ialah tram yang dinaiki Kaiser Wilhelm II ketika test run awal Wuppertal Schwebebahn. Cool stuff! Agaknya 100 tahun akan datang bagaimana rupa sistem Monorel, Putra dan Star bandaraya KL?

SERIUS BISJUT