Aneh
Pistol semi automatik sekarang membenarkan anda menembak sehingga 8 peluar sebelum perlu diisikan semula. Tetapi sebelum pistol yang anda lihat sekarang dicipta, terdapat pelbagai cara digunakan bagi membolehkan pistol menembak lebih dari sekali. Pistol Harmonica ialah salah satu sistem yang digunakan dan ia memang kelihatan seperti sebuah harmonica. Peluru diisikan kedalam magazine yang dipasang secara mendatar ke tubuh senjata api. Selepas menembak anda perlu menolak “harmonica” ke dalam untuk melakukan tembakan seterusnya. Rekaan ini mula muncul sekitar 1834 dan dipercayai direka oleh Jonathan Browning. Anak beliau John Browning kemudian berjaya mencipta sistem tembakan semi automatik yang masih digunakan sehingga sekarang.