Kasut Bertemakan Son Goku Dan Fliza Akan Dilancarkan Oleh Adidas

Kasut Bertemakan Son Goku Dan Fliza Akan Dilancarkan Oleh Adidas

Diterbitkan pada July 31, 2018 oleh .

Manga apakah yang paling kami minati semasa masih belum mumayyiz? Jawapannya ialah Dragon Ball. Bagi peminat manga Akira Toriyama ini, watak Goku mungkin di kedudukan teratas dari segi populariti. Watak penjahat yang diminati pula mungkin Fliza (Frieza). Jadi tidak mengejutkan Adidas telah menghasilkan dua pasang kasut berasaskan watak popular ini.

Kasut Goku diubahsuai dari Adidas ZX500 RM manakala kasut Fliza pula diubahsuai dari Adidas Yung-1. Kedua-dua kasut ini akan dihasilkan dalam jumlah yang terhad pada bulan Ogos ini. Harga masih belum diumumkan tetapi mungkin semahal harga sebiji Muatiara Naga yang sebenarnya terdapat tujuh biji kesemuanya.

SERIUS BISJUT