Syarikat Jepun Menawarkan Ruang Pengiklanan Pada Ketiak Wanita

Syarikat Jepun Menawarkan Ruang Pengiklanan Pada Ketiak Wanita

Diterbitkan pada July 31, 2018 oleh .

Nani dehell? Ini ialah dua perkataan yang terpacul keluar dari mulut selepas membaca berita ini di laman Jepun. Wakino Ad Company yang berasal dari negara demon tentacle telah menawarkan ruang pengiklanan pada ketika wanita. Mereka menyedari ramai wanita di Jepun mencukur ketiak dan ruang kosong ini mungkin boleh digunakan untuk menampal iklan ketika di dalam kereta api bawah tanah.

Walaupun idea ini agak aneh, Wakini Ad sudah menerima beberapa pelanggan untuk pengiklanan. Pelanggan pertama mereka tidak mengejutkan ialah salun kecantikan yang menawarkan pembuangan bulu ketiak. Di Malaysia menarik sekali iklan yang memaparkan ketiak wanita adalah tidak dibenarkan.

SERIUS BISJUT