Konsep Sekolah Di Malawi Ini Dibina Menggunakan Bongkah Jerami

Konsep Sekolah Di Malawi Ini Dibina Menggunakan Bongkah Jerami

Diterbitkan pada Apr 22, 2019 oleh .

Pernah suatu ketika bahan kayu dan mengkuang dijadikan bahan untuk membina rumah tradisional Melayu. Keunikan senibina Melayu klasik ialah tiada sebarang paku besi, batu-bata dan simen diperlukan untuk membina teratak peribadi. Ramai yang merasakan teknik pembinaan ini kuno tetapi kini kita menyedari nenek moyang kita sebenarnya lebih bijak kerana membina rumah menggunakan bahan yang mudah dikitar semula dan lebih sesuai untuk iklim tropika berbanding batu-bata dan atap genting.

Di Malawi sebuah sekolah telah direka untuk dibina menggunakan bahan kayu dan bongkah jerami. Bongkah jerami yang dimampatkan ini mengambil alih tugas batu-bata sebagai bahan binaan utama. Ia digunakan untuk membentuk dinding dan juga atap sekolah. Bahan jerami dipilih kerana ia boleh didapati dengan mudah di persekitaran sekolah tanpa perlu diimport.

Ia mengitar semula jerami yang biasanya dibakar atau digunakan sebagai sumber makanan haiwan ternakan. Jerami adalah bahan penebat haba yang baik dan dapat memastikan suhu bilik darjah yang selesa untuk pelajar. Konsep sekolah bongkah jerami ini dihasilkan oleh firma NUDES.

SERIUS BISJUT