Haute Hijab – Koleksi Hijab Mewah Bagi Hijabista Fashionista Yang Berada

Haute Hijab – Koleksi Hijab Mewah Bagi Hijabista Fashionista Yang Berada

Diterbitkan pada Feb 17, 2018 oleh .

Sejak lima tahun kebelakangan ini berlaku ledakan pemakaian hijab pelbagai fesyen dan rekanbentuk. Wanita muslimah tidak lagi memakai “tudung bawang” kerana ia tidak cukup bergaya dan menyerlahkan kejelitaan yang dianugerahkan oleh Allah.

Melanie Elturk ialah seorang muslimah yang berasal di Detroit Amerika Syarikat. Semasa membesar beliau kecewa dengan pilihan hijab yang ditawarkan di pasaran. Kesemuanya gagal membuatkan beliau terasa cantik dan bergaya. Oleh itu beliau menghasilkan koleksi Haute Hijab khusus untuk wanita muslimah bergaya dan berjaya.

Haute Hijab menggunakan kain sutera 100% dengan kain renda dan kristal Swarovski. Setiap tudung di dalam koleksi ini dijual pada harga di antara $250-325 (~RM 973-1266) sehelai. Memang harganya agak mahal tetapi setiap hijab direka oleh muslimah untuk muslimah.

Sebelum ini wanita berhijab yang berada menggunakan kain scarf dari pereka fesyen barat sebagai hijab. Ia tidak dipotong dengan baik dengan rekaan yang kurang menarik. Jadi sekarang anda masih boleh kelihatan bergaya tetapi memenuhi keperluan agama.

SERIUS BISJUT