GE9X – Enjin Jet Terbesar Di Dunia

GE9X – Enjin Jet Terbesar Di Dunia

Diterbitkan pada Feb 5, 2018 oleh .

Manusia mempunyai obsesi dengan mempunyai benda yang “lebih” dari orang lain. Ini ialah kehendak asas manusia yang sentiasa mahu di hadapan orang lain di dalam hidup mereka. Di dalam dunia aeronautik, General Electric GE9X ialah enjin jet yang terbesar pernah dihasilkan.

Enjin ini mempunyai diameter yang hampir sebesar diameter kabin pesawat Boeing 737. Tujahan maksimum yang dijana 105,000 lbs yang mampu dijana enjin ini adalah lebih besar berbanding 78,00 lbs yang dijana roket Mercury Redstone yang menghantar angkasawan Amerika pertama ke angkasa lepas.

Enjin ini masih di dalam tahap ujian dan bakal digunakan pada pesawat Boeing 777X. Setiap pesawat akan dilengkapi sepasang GE9X. Walaupun ia terbesar di dunia, dari segi penggunaan bahan api ia 10% lebih menjimatkan serta kurang mencemarkan alam sekitar.

 

SERIUS BISJUT