Masjid di Malaysia menggabungkan elemen Islam dengan rekaan Hindu peninggalan nenek moyang kita dahulu. Apabila ke negara Islam yang lain, anda dapat melihat bagaimana pengaruh Islam digabungkan dengan budaya tempatan. Sebagai contoh masjid di China kelihatan seperti tokong tanpa menara. Yang penting arah kiblat masih lagi ke Kota Mekah.
Di Istanbul Turki, Masjid Camlica sudah habis dibina dan menjadi yang terbesar di negara tersebut. Rekaannya menyerupai Masjid Biru yang juga terkenal. Tetapi mungkin ramai tidak tahu pada tahun 2012 pelbagai konsep rekaan dihasilkan sebagai pilihan. Konsep Camlica Istanbul di bawah kami rasakan amat menarik kerana mempunyai elemen rumah ibadah dalam taman.
Hampir keseluruhan masjid dipenuhi tumbuhan hijau dengan kotak-kotak lalu cahaya membentuk kalimah suci Al Quran. Ia direka oleh firma Tuncer Cakmakli Architect. Selain menjadi sebuah masjid, ia turut menempatkan pejabat agama, pusat Islam dan muzium mini. Konsep ini cool tetapi ketika musim sejuk di Turki pasti ramai makmum yang bersalju kerana tiadanya bumbung tertutup ketika solat Jumaat.