Starbucks Reserve Roastery New York Memberikan Pengalaman Seakan Sebuah Restoran Mewah

Starbucks Reserve Roastery New York Memberikan Pengalaman Seakan Sebuah Restoran Mewah

Diterbitkan pada Dis 15, 2018 oleh .

Kopi yang dijual di Starbucks dilihat sebagai tidak berkualiti oleh peminat kopi sebenar. Ada yang mengatakan ia mahal tetapi tidak setanding dengan harga jualan. Sebagai seorang tidak berapa meminati kopi, kami tidak tahu sama ada pendapat ini benar ataupun salah. Yang kami tahu ialah Starbucks Reserve Roastery New York adalah kedai kopi mereka yang kelihatan amat bergaya sehingga kelihatan seperti sebuah restoran mewah.

Ia terletak di New York dan menawarkan adunan kopi premium berbeza setiap hari. Biji kopi akan dibakar oleh barista berpengalaman bagi mendapatkan rasa yang terbaik. Pada waktu yang sama terdapat sebuah bar yang menawarkan minuman keras bagi mereka yang tidak mahu meminum kopi. Terdapat juga kedai roti ala Itali bagi mereka yang ingin makan sambil menikmati kopi dan WiFi percuma.

Cawangan ini telah dibuka semalam dan adalah salah satu dari empat Reserve Roastery di dunia. Sebelum ini kami ada paparkan Reserve Roastery di Shanghai yang juga merupakan yang terbesar di dunia. Kami biasanya ke New York setiap bulan Ogos. Jika sempat singgah akan kami muat naik gambar yang diambil sendiri tahun hadapan.

SERIUS BISJUT