Steve Jobs, Zuckerberg, Snowden, Trump Dan Musk Diabadikan Sebagai Patung Ukiran Klasik Rom

Steve Jobs, Zuckerberg, Snowden, Trump Dan Musk Diabadikan Sebagai Patung Ukiran Klasik Rom

Diterbitkan pada Apr 26, 2019 oleh .

Untuk memperingati kejayaan ahli politik, anggota tentera dan penggiat seni mereka, ROM akan menghasilkan ukiran marmar yang masih boleh dilihat sehingga sekarang. Dari ukiran-ukiran ini wajah tokoh seperti Julius Caesar diabadikan untuk tontonan generasi masa hadapan beribu tahun selepas kematian beliau.

Sebastian Errazuriz seorang juru ukir dari Amerika Selatan telah melangsungkan pameran The Beginning of The End beliau baru-baru ini. Tokoh teknologi dan politik  seperti Steve Jobs, Mark Zuckerberg, Elon Musk. Jeff Bezos, Sergey Brin dan Edward Snowden telah diabadikan. Kesemua ukiran dihasilkan menerusi teknik cetakan 3D dan ukiran tradisional. Tujuan pameran ini diadakan ialah untuk generasi semasa melihat peranan tokoh-tokoh semasa. Adakah mereka semua membawakan kesan positif kepada peradaban manusia?

SERIUS BISJUT