Nissan GT-R Ini Mempunyai Rekaan Spoiler Yang Paling Melampau

Nissan GT-R Ini Mempunyai Rekaan Spoiler Yang Paling Melampau

Diterbitkan pada Apr 26, 2019 oleh .

Jenaka yang kerap dilihat ialah kereta Wajalution yang dilengkapi spoiler sebesar meja makan. Tetapi kereta Nissan GT-R milik Franco Scribante Racing ini mengubah jenaka menjadi realiti dengan sistem spoiler gergasi pada bahagian hadapan dan belakang.

Sistem spoiler gergasi dan bertingkat ini diperlukan kerana ia akan digunakan untuk perlumbaan mendaki bukit di Simola Hillclimb Afrika Selatan. Kuasa downforce yang tinggi diperlukan bagi membolehkan tayar kenderaan melekap dengan baik apabila enjin 1600 kuasa kuda GT-R ini mula berputar. Jadi janganlah anda menggunakan sistem yang sama sekadar mahu memandu ke pasar malam di rumah.

SERIUS BISJUT