American Quran – Projek Menghasilkan Al Quran Yang Boleh Membuka Mata Warga Amerika
Artikel Berkaitan

American Quran – Projek Menghasilkan Al Quran Yang Boleh Membuka Mata Warga Amerika

Diterbitkan pada Mei 17, 2020 oleh .

Serangan 911 membuka kebencian dunia Barat kepada Islam. Selepas serangan dilakukan ramai warga Barat mengatakan ini semuanya adalah salah Al Quran yang mengajar orang Islam supaya cenderung kepada keganasan. Sandow Birk ialah seorang artis yang menghasilkan projek seni American Quran di bawah.

Projek American Quran mengambil masa sembilan tahun untuk disiapkan dengan 427 ilustrasi kesemuanya merangkumi 114 surah. Tujuan beliau menghasilkan ilustrasi di bawah ialah bagi menghasilkan Al Quran yang lebih menarik untuk warga Amerika. Beliau juga dipetik berkata;

“Given the global situation the Quran may be the most important book on Earth, but few Americans know anything about it. I’m attempting to create visual metaphors that make it more accessible to Americans, more relevant to American life.”

“Historically, the Quran has been as influential to the world as the Bible, having shaped the world for more than 1,000 years.World events of the past decade and longer — from 9/11 to the wars in Afghanistan, Iraq, Iran, Kuwait, Somalia, Israel, and the ‘Arab Spring’ of last year — reaffirm the Quran’s continued importance and influence on global politics, yet it still being misunderstood and unfamiliar by Western culture”

Untuk menghasilkan karya American Quran, Sandow Birk mengkaji rekaan Al Quran purba dan melawat Indonesia, Maghribi dan India bagi melihat kepelbagaian Islam yang selama ini dikaitkan dengan bangsa Arab. Beliau kemudian melakukan pameran di balai seni bagi memulakan perbincangan mengenai teks agama dan bagaimana persepsi Islam di mata rakyat Amerika Syarikat.

The American Quran kini ditawarkan dalam bukunya sendiri dan boleh dibeli dari toko-toko buku atas talian. Kami tak yakin ia ada dijual secara terbuka di Malaysia memandangkan ia subjek yang sensitif.

 

SERIUS BISJUT