Jika Malaysia ada teh tarik, Indonesia ada Teh Sosro. Adalah tidak lengkap perjalanan ke Indonesia jika anda tidak mencuba segelas teh Sosro es di restoran. Adalah menjadi pandangan normal melihat gelas-gelas kaca Sosro kosong yang tersusun rapi di dalam peti plastik untuk dipulangkan ke kilang.
Selain menjadi ruang simpanan botol kaca kosong, peti-peti plastik ini turut telah digunakan sebagai bahan binaan di Indonesia. Kotakrat yang terletak di Pangerang Indonesia bermaksud ruang kebaikan pada asalnya dibina sebagai surai kecil bagi insan-insan yang ingin melakukan ibadah harian. Kesemua bahagian dinding, lantai, tempat wuduk dan atap dibina menggunakan peti plastik.
Dengan lubang udara terbina pada peti plastik menjadi ruang solat sejuk kerana membenarkan hembusan angin. Pada sisi dinding diletakkan tumbuh-tumbuhan yang bukan sahaja menyejukkan lagi suasa dengan menghalang terik mentari tetapi membekalkan udara yang segar.
Kotakrat adalah buah fikiran Parisauli Arsitek Studio dan telah siap dibina pada tahun 2019. Selain ruang solat, firma ini turut merasakan teknik pembinaan peti plastik ini boleh juga digunakan untuk membina tempat menunggu bas. Ia satu lagi inovasi mengitar semula bahan plastik yang dilihat mencemari awam.
Sumber : Archello
Fotografi : Klereng Creaitive