McDonald’s ialah lambang kapitalisme moden bersama dengan secangkir Coca Cola, sepasang kasut Nike dan sebuah iPhone. Pada 31 Januari 1990, batu asasi kapitalis Amerika mendarat di Pushkin Square Moscow dalam bentuk restoran McDonald’s pertama di negara Kesatuan Soviet pada waktu tersebut. Ia adalah petanda hubungan Moscow dan Washington yang semakin memanas selepas berdekad berperang dingin di sebalik tirai besi.
Pada hari pertama pembukaan restoran ini, dianggarkan 38,000 warga Moscow beratur panjang untuk menikmati makanan mewah yang harganya sama dengan separuh gaji hari purata Soviet.
Selepas tiga dekad, McDonald’s pertama ini diberikan wajah baru oleh firma Landini Associates. Ruang sebesar 1087 meter persegi yang mampu menempatkan sehingga 900 pelanggan telah diubahsuai untuk kelihatan lebih moden selari dengan peredaran waktu. Terdapat sistem pesanan menggunakan skrin sesentuh yang kini menjadi standard di seluruh dunia.
Kerusi ala cafe yang selesa pula membolehkan ratusan student UITM versi Moscow duduk melepas sampai tengah malam menggunakan WiFi percuma sambil melakukan refill Coca Cola tanpa segan silu kerana “study dekat perpustakaan adalah kuno dan hanya sesuai untuk generasi mak bapak kami korang apa tahu? We are the new breed of entitled humanoids”
Rekaan dalaman yang pelbagai membuatkan McDonald’s kedua terbesar di dunia kelihatan seperti sebuah ruang pejabat yang bergaya dan bukannya restoran yang boleh kami kategorikan restoran mamak global.