Benua Antartika ialah benua yang terletak paling selatan di muka bumi. Tahukah anda dengan keluasan 14,000,000 km persegi, ia juga merupakan “gurun” terbesar di dunia dan tidak dihuni oleh manusia. Paling menarik sekali kewujudannya disangkal oleh ramai pengembara sehinggalah ia ditemui pada tahun 1820 dengan manusia pertama mendarat di benua ini pada tahun 1821.
Kenderaan sepanjang 55 kaki ini dilengkapi dua enjin Diesel 11 liter yang membekalkan empat motor elektrik dengan output 300 kuasa kuda. Ini menjadikannya antara kenderaan elektrik pernah dihasilkan dalam sejarah dunia. Sistem panduan elektrik dipilih kerana kurang rumit berbanding sistem konvensional di samping memberikan lebih banyak ruang untuk kargo, penumpang dan alatan untuk melakukan eksperimen.
Pada hari pertama ia menunjukkan beberapa masalah. Pertama sekali tayar getah gergasi yang tidak mempunyai bunga gagal mencengkam permukaan ais. Akibatnya kenderaan terbenam ke dalam salji. Aneh sekali pemandu Antartic Snow Cruiser mendapati ia berfungsi lebih baik apabila dipandu secara terbalik. Rekod perjalanan paling jauh yang berjaya dilakukan ialah 148 km secara terbalik. Kerana pelbagai masalah, ia akhirnya ditinggalkan kerana tersekat.
Pada tahun 1946, ia ditemui tertanam di bawah salji tetapi masih boleh beroperasi selepas angin diisi semula ke dalam tayar. Kali terakhir ia dilihat ialah pada tahun 1958 sebelum sekali lagi hilang ditimbuni salji. Lokasinya kini tidak diketahui kerana permukaan ais di Antartika sentiasa bergerak. Ramai merasakan ia mungkin telah terbenam atau karam di dalam laut selepas hanyut di dalam bongkah ais yang kemudiannya cair.