BlogSerius

Jam Tangan Casio G-Shock Edisi Avengers End Game Dilancarkan Di China

Filem The Avengers End Game ialah filem yang paling hangat diperkatakan hari ini. Pada pagi ini ribuan rakyat Malaysia sanggup bangun awal semata-mata untuk menonton filem pada jam 7 pagi. Ini adalah lebih awal dari waktu mereka bangun pagi untuk pergi ke pejabat, kuliah dan solat subuh.

Sempena penayangan filem ini, Casio telah melancarkan tiga jam tangan G-Shock edisi khas End Game. Model yang ditawarkan ialah DW-5600SPIDER-1PR, GA-110CAPTAIN-2PR dan GA-110IRONMAN-4PR. Malang sekali ketiga-tiga jam tangan G-Shock ini hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja buat masa ini.

   
Exit mobile version