Di Saudi kaum wanita diharamkan dari memandu. Di United Kingdom masih ada “kelab Gentleman” yang mengharamkan wanita dari menjadi ahli. Di Amerika Syarikat pula di awal 80an masih ada kelab golf yang mengharamkan orang kulit hitam dari bermain golf di dalamnya. Di Jerman pula ada Herbertstraße ,sebuah jalan yang mengharamkan wanita dari melaluinya. Ini adalah kerana Herbertstraße ialah sebuah kawasan pelacuran di bandar Hamburg.
Untuk memasuki kawasan lampu merah ini anda perlu berumur 18 tahun dan berjantina lelaki. Ini adalah dianggap seksis oleh golongan feminis beberapa tahun yang lalu kumpulan feminis FEMEN melakukan demonstrasi telanjang dengan menerjah masuk ke dalam Herbertstraße. Kini kawasan sepanjang 11 meter sahaja di dalam jalan ini membenarkan 250 pelacur untuk menawarkan perkhidmatan mereka. Bangunan lain telah diambil alih dengan cadangan untuk membina muzium seks.
