Manusia mempunyai obsesi dengan mempunyai benda yang “lebih” dari orang lain. Ini ialah kehendak asas manusia yang sentiasa mahu di hadapan orang lain di dalam hidup mereka. Di dalam dunia aeronautik, General Electric GE9X ialah enjin jet yang terbesar pernah dihasilkan.
Enjin ini masih di dalam tahap ujian dan bakal digunakan pada pesawat Boeing 777X. Setiap pesawat akan dilengkapi sepasang GE9X. Walaupun ia terbesar di dunia, dari segi penggunaan bahan api ia 10% lebih menjimatkan serta kurang mencemarkan alam sekitar.
