Figura Seram Valak Dari Filem The Nun Kini Boleh Dimiliki

Figura Seram Valak Dari Filem The Nun Kini Boleh Dimiliki

Diterbitkan pada Apr 23, 2019 oleh .

Valak ialah hantu berwajah rahib yang dipopularkan oleh filem The Conjuring 2 sebelum dipaparkan pula di dalam filem The Nun. Ia menakutkan ramai orang kerana jarang sekali hantu yang memakai jubah rahib dilihat sebelum ini. Ia sama seperti hantu Kum Kum memakai niqab yang tular di seluruh Malaysia pada dekad 80an suatu ketika dahulu.

Bagi peminat tegar Valak, anda boleh membeli figura mini setinggi 13″ yang diperbuat daripada bahan resin. Pengguna boleh memilih untuk memaparkan wajah normal atau mengubah kepala dengan wajah momok sedang menjerit lengkap dengan gigi berdarah. Figura Valak hadir dengan diorama Carta Monestary. Jika berminat ia boleh dimiliki pada harga $225 (~RM 870).

SERIUS BISJUT