Adidas Melancarkan “Selisut” Stan Smith – Kekemasan Kasut Dengan Keselesaan Selipar

Adidas Melancarkan “Selisut” Stan Smith – Kekemasan Kasut Dengan Keselesaan Selipar

Diterbitkan pada Mei 16, 2020 oleh .

Semasa di sekolah dahulu kami mempunyai perangai buruk menyarung kasut seperti selipar sehingga bahagian belakang kasut menjadi leper. Di MRSM kami memberi nama kasut dengan bahagian belakang yang hancur ini sebagai selisut – gabungan selipar dan kasut. Siapa sangka pada tahun 2020 selisut yang dahulunya menjadi jenaka asrama kini dihasilkan secara rasmi oleh Adidas.

Adidas Stan Smith Slip On ini diperbuat daripada bahan kulit pada bahagian atas dengan tapak getah. Bahagian belakang kasut memang tidak disertakan bagi memudahkan proses memakainya seperti selipar. Sepasang Adidas Stan Smith Slip On dijual pada harga $70 (~RM304). Jam randik kini berdetik sebelum versi capalang ASADI akan mula dijual di Rantau Panjang. You know you want it.

SERIUS BISJUT