DeHavilland XC-8A Buffalo : Kapal Terbang Dengan Sistem Pendaratan Pelampung

DeHavilland XC-8A Buffalo : Kapal Terbang Dengan Sistem Pendaratan Pelampung

Diterbitkan pada Okt 10, 2017 oleh .

Wacky!

Pesawat kargo ialah keldai yang digunakan bagi mengangkat kelengkapan yang diperlukan askar ke medan perang.  Kerana membawa bebanan berat pesawat kargo memerlukan landasan yang kukuh bagi memastikan kargo tidak rosak dan pesawat itu sendiri tidak mengalami kerosakan struktur ketika mendarat. Landasan yang tidak kukuh juga boleh mengakibatkan pesawat terbalik ketika mendarat. Di dalam peperangan ini mendatangkan masalah kerana peralatan diperlukan segera tetapi landasan mengambil masa untuk disiapkan.

Sekitar 1972 sebuah pesawat DeHavilland XC8A Buffalo diubahsuai dengan sistem landasan berpelampung. Sistem ini dipasang bagi memberikan kemampuan seumpama hovercraft kepada pesawat kargo ini. Secara teori pesawat kargo yang mampu membawa 19 000 kg kargo ini boleh mendarat di mana termasuk diatas permukaan pantai yang lembut.

Beberapa ujian dilakukan sehingga 1976 dan XC 8A berjaya berfungsi dengan baik. Namun terdapat juga beberapa masalah seperti jarak penerbangan yang berkurangan sebanyak 50 peratus kerana rintangan udara yang dihasilkan oleh pelampung gergasi. Tambahan lagi pesawat menjadi kurang stabil kerana pergolakan udara yang juga dihasilkan oleh pelampung. Akhir sekali apabila mendarat di atas permukaan kasar, serpihan kayu, tanah dan pasir kerap didapati masuk kedalam enjin pesawat. Projek ini dibatalkan dan sehingga sekarang sistem pendarata menggunakan pelampung tidak digunakan secara komersil.

Konsep yang cool tetapi tidak praktikal!

SERIUS BISJUT