CANADAIR CL-41G TEBUAN : PESAWAT PEJUANG PERTAMA TUDM

CANADAIR CL-41G TEBUAN : PESAWAT PEJUANG PERTAMA TUDM

Diterbitkan pada Okt 11, 2017 oleh .

Humble Beginnings

Sejarah Tentera Udara Di Raja Malaysia bermula pada tahun 1958dengan pembelian Scotland Aviation Twin Pioneer yang diberi namaLang Rajawali. Umum kita ketahui pesawat pejuang tercanggih TUDM kini ialahSukhoi SU-30 MKM yang mempunyai kemampuan yang menakjubkan. Ketika ini TUDM mempynyai 18 pesawat pejuang Sukhoi, 8 pesawat F-18D, 12 BAE Hawk dan 10 Mig 29 Fulcrum. Tapi tahukah anda nama pesawat pejuang pertama milik TUDM?

Pesawat pejuang pertama TUDM ialah Canadair CL-41G Tebuan. Ianya variasi khasCanadair CT-114 Tutor yang merupakan pesawat pelatih Tentera Udara Diraja Kanada20 buah Tebuan dibeli pada tahun 1966 dan mula memasuki inventori TUDM pada tahun 1967. Pesawat Tebuan berbeza dari Canadair CT-114 Tutor dari segi pengubahsuaian enjin dan sayap yang lebih kuat bagi membenarkan ia membawa sistem persenjataan. Malaysia ialah satu-satunya negara yang memiliki variant pesawat tempur Canadair CT-114 Tutor ini.  Tebuan digunakan sebagai pesawat bantuan dalam operasi menentang Parti Komunis Malaya. Tebuan digunakan oleh TUDM selama 20 tahun sebelum digantikan dengan 13 pesawat Aermacchi MB-339A.

Kini adan boleh melihat pesawat Tebuan ini di Muzium Tentera Udara Di Raja Malaysia di Sungei Besi dan juga Muzium Tentera Port Dickson. Lihatkan sendiri perbezaan teknologi dahulu dan sekarang.

SERIUS BISJUT