Kugelhaus : Rumah Sfera Tidak Hitler Compliant

Kugelhaus : Rumah Sfera Tidak Hitler Compliant

Diterbitkan pada Okt 11, 2017 oleh .

Rumah Bebola Goku Sebenar

Kalau anda membaca komik Dragonballz, anda pasti perasan majoriti rumah di dalam dunia DBZ berbentuk hemisfera. Kapal angkasa yang dinaiki Goku untuk ke Planet Nameck pula berbentuk Sfera. Jadi apabila kami menemui gambar Kugelhaus di bawah kami terus tertarik. Kugelhaus ialah sebuah bangunan berbentuk Sfera yang digunakan sebagai dewan pameran industri diDresden Jerman. Bangunan ini berdiameter 24 meter dan mempunyai 6 tingkat. Ianya siap dibina pada tahun 1928. Pada tahun 1938 ianya dirobohkan atas arahanAdolf Hitler kerana rekaan futuristic Kugelhaus dianggap tidak mencerminkan budaya Jerman yang sebenar. Jadi bolehlah dikatakan Kugelhauz tidak Hitler compliant!

 

SERIUS BISJUT