Bawse!
Sebelum ini ada kami paparkan Shredder, kenderaan ATV yang bolehlah dikatakan SEGWAY versi sukan lasak. Idea meletakkan runut seakan-akan kereta kebal pada kenderaan kecil bukanlah idea baru. Pada tahun 1938, J. Lehaitre seorang jurureka dari Perancis menghasilkan motosikal trektar di bawah. Kenderaan ini direka bagi menggantikan motosikal yang digunakan pihak tentera. Ianya seberat 400 kilogram dan mampu bergerak pada kelajuan maksimum 40 kilometer sejam. Semasa menjalani ujian dengan tentera Perancis, mereka mendapati motor berunut Lehaitre berfungsi dengan lebih teruk dari motosikal biasa yang sedia ada. FAIL! Sungguhpun begitu kami sukakan konsep ini kerana ia mengingatkan kami kepada kartun Spiral Zone.