ROCKWELL VFX 12 : PESAWAT TERBANG MENEGAK

ROCKWELL VFX 12 : PESAWAT TERBANG MENEGAK

Diterbitkan pada Okt 11, 2017 oleh .

Old Skool

Rockwell VFX 12 ialah prototaip pesawat  terbang menegak VTOLAmerika Syarikat yang berbentuk aneh. Tidak seperti Hawker Sidderly Harrier buatan Britain. VFX-12 merubah tujahan mendatar dari enjin jet kebawah melalui ruang udara di dalam sayapnya. Pada Harrier tujahan diubah denga menggunakan corong udara boleh laras.

Ujian VFX 12 bermula pada tahun 1972 dan satu prototaip dibina. Sejak dari awal pembangunan pesawat ini melalui pelbagai masalah. Masalah utama ialah tujahan mendatar dari enjin jet tidak mampu dipindahkan sepenuhnya ke bawah kerana sistem lencongan yang terdapat di dalam sayap tidak berfungsi seperti yang dijangkakan.  Walaupun selepas enjin dinaiktarafkan dan sistem diperbaiki, tujahan kebawah yang berjaya dihasilkan hanya mampu memanpung 70% berat keseluruhan pesawat.

Setelah projek ini berlangsung selama 9 tahun, ianya dibatalkan pada tahun 1981kerana gagal mendapatkan hasil yang memuaskan. Pihak tentera Marin USA akhirnya mengggunkan pesawat AV8B Harrier II, bagi menggantikan armadaa Harrier I mereka yang sudah usang. Adalah agak ironik kesemua wang yang dibelanjakan lebur begitu sahaja dan pesawat yang sudah sedia ada akhirnya digunakan USA. 

SERIUS BISJUT