Konsep 1960 Plymouth XNR

Konsep 1960 Plymouth XNR

Diterbitkan pada Okt 11, 2017 oleh .

Rad!

Kami di Blogserius gemarkan kereta konsep dari zaman 50-60 an. Rekaan kereta pada zaman ini amat gila dan sesuai dengan jiwa kacau kami. 1960 Plymouth XNRialah sebuah kereta konsep yang direka oleh Virgil M. Exner. Ianya percubaan syarikat Plymouth untuk menghasilkan sebuah kereta lumba dengan rekaan luaran futuristik. Ianya diperkasakan dengan enjin berkuasa 250 kuasa kuda yang memberikan kelajuan maksimum 150 bsj (241 kmj). Konsep ini dihasilkan pada 1960 dan rekaan aerodinamik yang radikal sebegini memang sering kita kaitkan dengan kereta pada ear groovy ini. Sungguhpun kelihatan cool kereta ini tidak pernah dihasilkan kerana Plymouth mendapati tiada pasaran untuk kereta lumba buatan mereka. Betul jugak. Kereta cool macam mana pun tapi berjenama PLYMOUTH tak akan cool!

SERIUS BISJUT