Dengki punya pasal!
Menara Eiffel ialah menara paling ikonik didunia. Jika ke Paris adalah tidak lengkap sekiranya anda tidak melawati menara ciptaan Gustave Eiffel yang sudah berusia lebih 120 tahun ini. Tahukah anda pada tahun 1890, setahun selepas Menara Eiffel siap dibina, pihak England bercadang membina menara Eiffel mereka sendiri di London? Mereka juga mahu mempunyai menara yang ikonik yang dapat menjadi mercu tanda ibu negara England ini. Menara yang akan mereka bina bakal dinamakan The Great Tower of London. Apa yang berlaku disini is kinda like Malaysia dan Singapore lah. Singapore bina Singapore Flyer kita terus “sewa” Wheel of Malaysia. Begitulah rivalry diantara England dan Perancis. Terdapat 68 rekaan dihasilkan dari firma jurubina seluruh England. Terdapat rekaan yang aneh dan ada juga rekaan yang huduh. Menara tinggi tidak pernah dibina di London. Sebab ianya tidak dibina tidak diketahui. Mungkin orang England menyedari tiru meniru ini adalah bangang.