Istana Terapung TSAR Russia

Istana Terapung TSAR Russia

Diterbitkan pada Okt 11, 2017 oleh .

Wah

Sebelum dijatuhkan oleh Revolusi Bolshevik, Tsar Nicholas terkenal dengan kegilaan beliau dengan kemewahan. Antara harta mewah Tsar Russia ini ialah sebuah istana terapung Livadia yang dibina oleh bapa beliau Alexander III. Istana terapung ini unik kerana rekaan buritannya yang lain daripada kapal yang wujud. Ianya melebar dibahagian bawah dan menyebabkan ianya diberi nama jolokan Bull on a Halibut. Jika anda kurang arif ikan Halibut mempunyai badan yang seakan sama dengan bahagian buritan Livadia. Rekaan dalaman istana terapung ini amat mewah dan segala keperluan duniawi Tsar boleh dipenuhi. Terdapat bilik membaca, bilik hisap cigar dan ruang makan yang cukup mewah. Ianya mula dibina pada tahun1869 dan digunakan secara ekslusif oleh Tsar dan keluarga. Apabila perang meletus diantara Jepun dan Russia istana ini diubah menjadi kapal pengangkut tentera. Selepas revolusi kapal ini dibiarkan terbengkalai sebelum dimusnahkan sepenuhnya pada tahun 1926. Kita bernasib baik di Malaysia kesemua Sultan kita tidak bermewah seperti Tsar. Sebab itulah sehingga kini sistem beraja di Malaysia kekal. Raja-raja melayu tidak membazir dan menunjuk-nunjuk kekayaaan duniawi mereka kepada rakyat. Syukurlah. Kita harus berterima kasih kepada mereka kerana hidup serba sederhana tak macam Tsar.

SERIUS BISJUT