Kita kerap mendengar perniagaan keluarga yang beroperasi selama 3-5 generasi sebelum musnah kerana kegagalan pengurusan. Di Jepun wujud Hotel Nishiyama Onsen Keiunkan yang sudah beroperasi sejak 705 Masehi dan diuruskan oleh keluarga yang sama sebanyak 52 generasi. Hotel yang terletak di Hayakawa, Yamanshi Prefecture ini telah dianugerahkan sebagai hotel tertua di dunia pada tahun 2011.
Sejak dibuka ia hanya direkod tutup pada tahun 1998 untuk proses baik pulih. Pelawat hotel ini boleh menikmati pemandangan bukit bukau sambil berendam di dalam kolam air panas. Pelawat seluruh Jepun datang ke Nishiyama Onsen Keiunkan untuk melarikan diri dari kesibukan kota dan kerja. Sungguhpun kita sudah di tahun 2017, hotel ini tidak menawarkan perkhidmatan internet dan TV kepada pengguna bagi memastikan mereka boleh benar-benar bebas dari arus pemodenan.
Nishiyama Onsen Keiunkan ialah syarikat kedua tertua di dunia. Takhta syarikat tertua di dunia dipegang oleh syarikat pembinaan Jepun Kongō Gumi yang sudah beroperasi sejak 578 Masehi.
(Sumber Nishiyama Onsen Keiunkan)