Jika anda memandu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang anda dapat melihat kuari marmar di sekitar Ipoh.Kuari terbuka ini bukan sahaja hodoh tetapi nampak menyedihkan kerana ia merosakkan pemandangan indah bukit batu kapur sekitar Ipoh. Selepas habis dilombong kuari ini akan terdedah kepada luluhawa dan anda dapat melihat bukit togel dari puluhan kilometer jauhnya.
Konsep mengitar semula kuari marmar menjadi kawasan kediaman di bawah dihasilkan oleh dua orang arkitek Malaysia Jethro Koi Lik Wai dan Quah Zheng Wei untuk pertandingan EVOLO 2015. Bangunan di bina di dalam ruang kosong yang ditinggalkan oleh marmar yang telah dilombong. Bangunan ini bukan sahaja dapat mengurangkan kesakitan mata melihat lombong terdedah, malah mesra alam kerana akan ditumbuhi pohon-pohon hijau. Nice concept!