Seven Eleven, kedai termudah untuk membeli rokok di waktu malam buta. Ianya kedai yang banyak memberi memori indah kepada aku. You see when I was a wee lad my uncle would belanja my cousins and I Slurpee. Back in the days 7-11 was kind of a luxury so when your uncle belanja you there it was quite a big deal. Anyway pernahkan anda tertanya-tanya kenapa nama kedai ini 7-11? Bagaimana ia bermula?
Kedai 7-11 diilhamkan oleh Joe C. Thompson, seorang pekerja di kilang Southland Ice Company yang terletak di Dallas Texas. Kedai runcit ini dibuka oleh Thompson pada tahun 1927 didalam kawasan kilang. Ia menjual barangan harian seperti susu, keju dan roti. Kerana mudah mendapat ais dari kilang berdekatan, barangan yang dijual didalam kedai runcit Thompson dapat bertahan lama. Orang ramai juga gemar pergi ke kedia runcit Thompson kerana barangan yang djual tahan lama berbanding yang dibeli dikedai lain.
Bisnes kedai runcit Thompson sangatlah laku sehingga beliau mampu membeli kilang Southland Ice bagi membekalkan ais kepada beberapa cawangan kedainya. Bekas pekerja beli bos!
Kedai-kedai runcit Thompson dibuka dari jam 7 pagi hingga 11 malam dan dari sinilah kedai 7-11 mendapat namanya. Nama kedai 7-11 diambil sebagai nama rasmi pada tahun 1946. Pada tahun 1952, cawangan kedainya yang ke-100 dibuka dan syarikat ini membesar dengan mendadak.
Pada tahun 1963, kedai yang beroperasi selama 24 jam dibuka di Las Vegas, Fort Worth dan Dallas. 7-11 menawarkan servis yang unik kepada pelanggan mereka iaitu membenarkan mereka membeli makanan runcit pada bila-bila masa. Ini mungkin sebuah konsep yang kita anggap “dah biasa” tapi apa yang dilakukan oleh Joe C. Thompson dianggap revolutionary pada waktu itu.
Bila bercakap pasal 7-11 tak sah kalau tak cakap pasal SLURPEE. Ianya mula dijual pada tahun 1966 dan sehingga kini 6.5 billion Slurpee sudah dijual. Sebanyak 13 juta Slurpee dijual setiap bulan diseluruh dunia. Perasa paling laku ialah perisa COKE dan Minute Maid. Dua perisa ini tiada di Malaysia. Sungguh sucks ass!