Di bawah ialah beberapa rekaan stadium bola sepak baru untuk pasukan The Red Warriors Kelantan. Rekaannya kali pertama diperlihatkan pada tahun 2013. Pada waktu itu pasukan The Red Warriors ialah pasukan paling berkuasa di liga sebelum ia kebangkitan Singa Selatan JDT.
Stadium Sultan Muhammad V ini akan dibina di Tunjong di dalam kawasan sebesar 40 hektar. Apabila siap kelak stadium bernilai RM300 juta ini boleh menampung 40,000 orang penonton. Rekaan stadium ini nampaknya unik kerana tidak mempunyai trek balapan dan lebih kepada rekaan stadium bola sepak di Eropah. Dengar khabar ianya juga akan dikenali sebagai The Fortress. Sehingga kini stadium ini masih belum dibina dan hanya tinggal janji.
PRU semakin hampir dan sekali lagi pihak kerajaan berjanji akan membina stadium sepak bola baru di KB jika mengundi Barisan Nasional. Berapa lama lagi perlu peminat di Kelantan menantikan lukisan konsep menjadi realiti? Semuanya bergantung kepada siapa yang diundi kelak. Maka marilah mengundi dan jangan undi rosak.