Set Sofa Lengkap Ini Boleh Dilipat Seperti Akordion Untuk Dimasukkan Dalam Kereta

Set Sofa Lengkap Ini Boleh Dilipat Seperti Akordion Untuk Dimasukkan Dalam Kereta

Diterbitkan pada Mei 23, 2019 oleh .

Antara perabot terawal yang dibeli selepas berkahwin ialah sebuah sofa. Sofa yang comfy boleh digunakan untuk Neftlix and Chill  oleh pasangan mempelai baru dan pelbagai lagi perkara menarik yang tidak boleh kami tulis pada laman yang PG13 ini. Tetapi untuk membeli sofa bukanlah perkara mudah jika anda tidak mempunyai sebuah lori atau SUV dengan ruang kargo yang besar.

Masalah kekurangan ruan kargo ini diselesaikan oleh set sofa lengkap Elephant In A Box rekaan pasangan suami isteri Mohamed Kamal dan Reham Khalifa. Set sofa ini hadir dengan sofa untuk dua orang dan satu Ottoman untuk melabuhkan kaki.

Ia dilipat padat di dalam kotak yang cukup kecil ia boleh dimasukkan ke dalam ruang boot kereta sedan. Selepas dinyahkotak, Elephant In A Box akan terbuka seperti sebuah akordion. Palang besi yang disertakan memastikan rangka sofa adalah cukup kukuh untuk menampung berat pengguna.

Elephant In A Box sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dibeli pada harga bermula $499 (~RM 2000). Ya harganya agak mahal tetapi untuk berpindah ia dapat dilipat dan dikeluarkan dari rumah tanpa mematahkan tulang belakang.

 

SERIUS BISJUT