Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Singapura sedia dikatakan ramai sebagai penerbangan yang pendek memandangkan penerbangannya yang kurang daripada sejam. Tetapi, tahukah anda penerbangan komersial paling pendek di dunia pernah dicatatkan adalah sekitar 53 saat sahaja.
Penerbangan komersial ini menghubungkan kepulauan di Orkney, Scotland – iaitu antara Westray dan Papa Westray. Jaraknya adalah 2.7 kilometer.
Kebanyakan penumpang penerbangan ini adalah pelajar dan pengkaji sejarah yang melibatkan kepulauan berkenaan.
Secara purata, penerbangan ini mengambil masa sekitar seminit 30 saat, tetapi rekod paling pantas pernah dicatatkan adalah 53 saat. Penerbangan ini berharga £17 untuk setiap penumpang.