Sayap Saluran
Di dalam dunia aeronautik terdapat pelbagai cara digunakan bagi memendekkan take off run pesawat. Ada yang menggunakan sistem Tilt Rotor seperti Bell V820 Valor. Ada juga yang menggunakan teknologi thrust vectoring seperti Rockwell VFX 12. Pada tahun 1928 , Willard Ray Custer seorang jurutera aeronautik mendapat ilham untuk mencipta teknologi Channel Wing. Beliau menyedari bumbung reban mudah terangkat ketika angin bertiup kencang. Selepas melakukan beberapa eksperimen beliau mendapati daya angkat terhasil apabila udara melalui sesebuah objek yang berbentuk lengkungan. Pada tahun 1942 prototaipCCW-1 dibina dan ia hanya memerlukan 61 meter landasan dan kelajuan minimum32 kilometer sejam untuk terbang ke udara. Enam tahun kemudian CCW-2dihasilkan dan ia hanya memerlukan 20 meter landasan untuk terbang! Rekaan beliau mendapat perhatian NASA yang kemudian melakukan ujian mereka tersendiri. Mereka mendapati pesawat channel wing memang bagus untuk pesawat yang memerlukan landasan yang amat pendek tetapi terdapat juga beberapa masalah. Pertama sekali pesawat ini sukar dikawal kerana rekaan sayap sebegini menghasilkan gegaran yang kuat pada kelajuan tinggi. Geseran udara yang tinggi channel wing juga membuatkan ianya tidak ekonomikal. Tambahan lagi pesawat ini memerlukan aliran udara tinggi sepanjang masa untuk kekal terbang.Sekiranya salah sebuah enjin kapal terbang ini terhenti, pesawat akan terhempas kerana kehilangan daya angkat pada sebelah sayap. Bahagian sayap yang melengkung tidak mempunyai rekaan aerofoil seperti sayap konvensional. Tanpa enjin untuk mengalirkan udara berhalaju tinggi di dalamnya, channel wing menjadi tidak berguna.
Willard Ray Custer terus menghasilkan pesawat channel wing beliau sehingga 1964. Teknologi channel wing beliau mungkin tidak berjaya mengubah dunia aeronatikal tetapi ianya masih lagi rekaan yang cool dan lain dari yang lain.