Convair R3Y Tradewinds : Pesawat Amfibia Pengangkut Kereta Kebal

Convair R3Y Tradewinds : Pesawat Amfibia Pengangkut Kereta Kebal

Diterbitkan pada Okt 11, 2017 oleh .

Marines!

Pertempuran D-Day di persisiran pantai Normandy Perancis ialah antara hari paling bersejarah ketika Perang Dunia Kedua. Pertempuran ini merupakan titik tolak kekalahan askar Nazi Jerman di tangan tentera berikat. Ratusan ribu askar dan senjata milik tentera berikat mendarat di Perancis menggunakan kenderaan amfibia. Usai Perang Dunia Kedua, pegawai tertinggi kor Marin Amerika Syarikat merasakan mereka perlu mempunyai pesawat amfibia yang mampu mengangkut askar dan senjata mereka terus ke medan perang.Convair R3y Tradewinds dibina bagi memenuhi keperluan mereka pada tahun1946. Empat buah enjin turnoprop dengan 1500 kuasa kuda digunakan dan setiap satunya memutarkan 6 bilah kipas. Ia mampu terbang sepantas 624 kilometer sejam dengan muatan kargo maksimum 33 tan ataupun 80 orang penumpang. Sebanyak 13 buah pesawat ini dibina dan digunakan sehingga 1956 bagi tujuan pengangkutan kargo. Sepanjang tempoh penggunaan pihak Marin mendapati ia mempunyai masalah enjin yang mudah rosak sehingga mengakibatkan beberapa kemalangan maut. Ianya kemudian diubahsuai menjadi pesawat mengisi minyak sebelum akhirnya dihentikan penggunaan pada tahun 1958. Kapal terbang ini cool. Kami ada soft spot dengan pesawat amfibia macam Beriev Be-200 Altair keluaran Russia. Kenapa tak ada banyak pesawat macam ni?

SERIUS BISJUT