Kamov Ka-22 Vintokryl : Percubaan Awal Hibrid Kapal Terbang Dan Helikopter

Kamov Ka-22 Vintokryl : Percubaan Awal Hibrid Kapal Terbang Dan Helikopter

Diterbitkan pada Okt 11, 2017 oleh .

Mother Russia

Di Blogserius kami gemar pesawat hibrid terutamanya yang merupakan pesawat tilt rotor. Kami sudah memaparkan beberapa pesawat tiltrotordi lama kami seperti konsep Bell B280 Valor dan Sikorsky S 72 Rotor Systems Research Aircraft. Kedua – dua pesawat ini cuba menggabungkan kemampuan terbang secara menegak helikopter dan kelajuan mendatar setanding kapal terbang konvensional. Tetapi sebelum mereka wujud, kesatuan Soviet menghasilkan Kamov Ka22 Vintokryl (Skru Udara). Pesawat experimental ini dibina pada tahun 1959untuk kegunaan tentera.

Tujuan pembinaa ialah bagi memudahkan pengangkutan senjata dan tentera ke kawasan yang sukar untuk kapal terbang mendarat. Pada waktu pembinaan pesawat kargo utama Soviet ialah Antonov An 22 Cub. Vintokryl direka supaya mempunyai keupayaan setanding Cub. Empat buah Vintokryl dibina sebagai protaip dan setiap satunya diperkasakan dengan dua enjin turboprop Soloviev D-25VK 5500 kuasa kuda. Semasa penerbangan percubaan pesawat ini mengalami masalah gegaran yang kronik dan berlaku beberapa kemalangan maut akibat kegagalan sistem kipas utama. Oleh sebab itu projek ini dianggap gagal dan dihentikan pada tahun 1964. Kesemua pesawat yang dibina dimusnahkan. Kinda sad!

SERIUS BISJUT